Sunday, February 28, 2010

Kenangan

Gambar-gambar awal penubuhan cromokcaster berserta kawan2 sepancingan...













Saturday, February 27, 2010

Pimp My Ride Labuan

27 Feb 2010

"please cromokcaster pimp my ride"

West Cost Workshop



Kerja-kerja dimulakan dengan penuh teliti dan penuh kasih sayang ...



Tambah speaker, tukar ekzos, tambah TV LCD 675 inci, kudaku lari gagah berani ...



Knight Rider lee U_ngah, kontrol senyum hens..hens...



Kuda kedua menjalani proses tambah turbo dan ganti ekzos...



Akhirnya jeng..jeng..jeng...



ag.karuk masih lupa diri lagi. cheist...lupa diri punya budak..



thanks cromokcaster for pimped my rides...

~cromokcaster~

Jangan Tidur Lagi

26 Feb 2010

Malam begitu dingin, Lee U_ngah ditemani Jack Biawak menghampiri jeti, perlahan-lahan Lee U_ngah menarik talinya sambil diiringi lagu Hotel California dan hasilnya...



Setelah puas bermain tarik tali dgn sang lemah gemalai, Lee U_ngah mencari lubuk yg lebih ganas menjelang subuh, Sg. Ganggarak dituju dan hasilnya



Masih berbisa dengan Ungah kedua yang saiz baik punya...



Inilah hasilnya sepanjang program Jangan Tidur Lagi, yang lain lepas balik hehe..



ag.karuk mana? tido la...

~cromokcaster~

Battle Of Technique

25 feb 2010

atas jemputan seorang sahabat, cromok caster telah mencuba nasib di kolam sebuah sekolah, pada hari pertama, kami beramai-ramai menyanyikan lagu...

bangau..oh..bangau

dan hari kedua, dengan lebih bersemangat kereta proton waja, akhirnya jeng..jeng..jeng...



Lee U_ngah hanya mampu buat muka hampeh apabila dalak enggan bergambar semasa sesi "release"




Aikk... balik2 dia juga yang dapat, jiwa kacau betulla mcm ni..

~cromokcaster~

Tuesday, February 23, 2010

Battle Kasi Repeat

23 Feb 2010

Setelah pulang dari bertapa, ninja ag.karuk yang baru menamatkan UPSR sekolah ninja sekali lagi mencabar Pendekar Karuk 3 Serangkai, Manakala samurai Lee U_ngah mengeluarkan samurai pusaka yang sekian lama diperam utk menambah kehanyirannya.

Setelah sampai ke tempat yang di tuju, serangan pengawal2 lubuk Karuk amat sengit membuatkan samurai Lee U_ngah tersengih hehe...biasalah otai Sekinchan hehe...



Setelah mendahului perlawanan menawan panglima2 lubuk Karuk, Lee U_ngah sekali lagi menunjukkan bisanya dengan Laksamana dalak yang baru abis menyusu, oiitt... mana aci... dalak mana makan roti paun la... ni kebulor punya pasal la...




Ni org betul hanyir dgn dalak la, santai2 pakai sum-sum umpan roti pun boleh kena dalak..Biasala Samurai otai hehe... kata Lee U_ngah dgn riak sambil menundukkan seekor lagi pendekar harapan lubuk karuk...



walaupun ketinggalan 8 berbalas 3, ag.karuk masih berusaha mengalahkan Lee U_ngah, walaupun ketinggalan semakin jauh, ag.karuk masih riak dengan panglima karuk yang berjaya ditawannya. Dalam hati siapa tahu huhuhu... tua2 mana boleh nangis..huhuhu..



menyedari ag.karuk cuba memintas dari belakang, Lee U_ngah meningkatkan aura tahap dewa makan biawak lalu menundukkan seekor lagi panglima handalan lubuk iaitu Panglima Keli Bermisai ....



"woii...nama ada keli makan roti" kata ag.karuk sedih.
"Ni kebulor punya pasal la" Lee u-ngah cuba memujuk ag.karuk.
" kalau mcm ni aku kensel jadi ninja, aku jadi pilot saja sudahlah" kata ag.karuk sambil mengisi borang sambung belajar.

Inilah gambar Panglima Keli Bermisai yang ditewaskan oleh Samurai Lee U_ngah, siapa punya misai lagi panjang hehe...



Melihat keadaan itu, Sifu seni Persilatan Karuk cuba mengawal keadaan, lalu menunjukkan buah silat " baru balik kerja " dengan selamba...



Lee u_ngah Cuba menyaingi Sifu tetapi ternyata pertahanan Sifu begitu ampuh..



Dengan berdiri sebelah kaki dan sebelah tangan, ternyata perguruan Karuk dari Sifu terlalu handal, dengan selamba banyak panglima Karuk yang tumpas ditangannya..

"Dah kolam dia punya... dia otai la hehe..."

"Terima Kasih Cikgu" kata ag.karuk sambil akun kalah sama Sifu...



sebahagian tawanan perang yang mula akur dengan keadaan...adalah dalam 16 juta ratus ekor..



Dipercayai inilah Taiko @ Pendekar Karuk Ke-3, dari karuk tiga serangkai...



Akhirnya peperangan pun tamat, samurai Lee U-ngah dan ninja ag.karuk kembali menjadi petani...sekian (aku nda tau buat penutup)

~cromokcaster~

Monday, February 22, 2010

ag.karuk Meng'karuk'

22 feb 2010

Senja menjelma, kedengaran sayup-sayup salakan serigala di celah-celah gunung Fuji Selatan. Kelihatan dua susuk tubuh melangkah dengan begitu perlahan dan berhati-hati.

Lee Ungah, samurai yang baru habis darjah enam Sekolah Rendah Samurai Kg. Pinang Sebatang, tenang melangkah diikuti ag.karuk, seorang ninja yang baru register jadi ninja dua hari lepas.

Misi mencari Pahlawan Karuk Tiga Serangkai bukanlah satu tugas yang mudah, penuh dugaan dan cobaan. Berbekalkan azam Tahun Baru Cina yang lepas, Lee Ungah menghunuskan pedang samurainya, lalu melancarkan jurus "karuk dan dalak mana dulu" untuk menambah keyakinan diri sambil diperhatikan oleh CNot yang entah muncul dari mana ..



Tiba2 satu sentapan padu diterima oleh satria Lee Ungah, rupa-rupanya Pendekar Dalak yang berjaga di pintu Gunung Fuji, telah membalas serangan, jurus-menjurus antara dua pendekar terbilang, dan akhirnya Lee Ungah berjaya menundukkan lawannya...



Ninja ag.karuk yang melihat kejayaan Lee Ungah menewaskan Pendekar Dalak, segera mengeluarkan bintang ninja jenama "roti abang" untuk membuka pintu gua Karuk.

Setelah beberapa kali mencuba dan gagal, ag.karuk melancarkan jurus naga peringkat pertama iaitu "karuk ku sayang" dan hasilnya.



Tidak puas dengan kejayaan menewaskan Pahlawan Karuk pertama, Lee Ungah dan ag.karuk terus berusaha sambil diiringi dengan lagu2 semangat dari kumpulan gambus kg. Kabupaten Utara.

menyedari lubuk pihak lawan terlalu ampuh untuk ditembusi, ag.karuk terus menahan nafas & kontrol perut untuk meningkatkan aura naga dan terus melancarkan jurus "Senja dah tiba" untuk menewaskan pendekar Karuk ke-2,



Setelah puas bertarung, ag.karuk cuba berbaik-baik dengan Pendekar Karuk ke-2 untuk memujuknya memberitahu di manakah pendekar Karuk Ke-3 berada disertai dengan senyuman mesra ala2 Bob AF, Namun Pendekar Karuk Ke2 tetap berdegil.




Setelah berusaha bersungguh-sungguh, sampai mandi peluh dan rasa bau badan macam kambing, kedua-dua pendekar berangkat pulang dan berjanji akan kembali untuk mencari karuk Ke-3 yang dipercayai lebih gagah dan bijak..


Sebelum berpisah, ninja ag.karuk sempat berpesan kepada Samurai Lee Ungah.

" Bro...
...
...
...
Layan karuk pakai sum-sum karan oo...."

~cromokcaster~

Sunday, February 21, 2010

Mendalak Seorang Diri

Pagi yang gelap
Kini sudah terang
Aku pemancing dan engkau ikan

sambil menyanyikan lagu kumpulan cromok, Mazly membawa diri menuju ke Lubuk Hairan sambil memikirkan "kenapa hari tu bertanding aku nda dpt dalak, biasa aku champen di sini".

Dengan lemah gemalai spinner bait dibalangkan utk menduga dalak diperairan selat tanjung aru sambil terus menyanyi..

Kerana nyanyiannya yang merdu, seekor dalak terpesona lalu meminta autograf darinya



Disebabkan seorang diri, dan dalak2 lain sombong utk menolong mengambil gambar, Mazly terpaksa mengambil gambar dalak tersebut yang terlebih bergaya glamour darinya.



Lihatlah aksi dalak ini dihadapan kamera..

Tulah lain kali bawa kawan hahaha.... kawan masih tidur lagi bah...

Minyak Pengasih

21 Feb 2010

Matsintani sekali lagi menunjukkan kejagoannya apabila bertandang ke Laut Cina Selatan di belakang rumah. Bertemankan Belle, Matsintani bertolak seawal 2:30 pagi dari Jepun.

Setalah casting selama 230 jam tanpa hasil, Matsintani mengeluarkan minyak senyonyong dari Jepun jenama Halco lalu disapu pada spinner bait pinjam dr ag.karuk. ag.karuk yang melihat keadaan itu berkata
"kalau nda naik jaga kau Sin" sambil terus mengunyah rod sekali lagi.

Selepas membaca jampi sambil berguling-guling dan casting, akhirnya



ag.karuk yang tidak percaya kepada tenaga batin Matsintani yang semakin meningkat terus menyapu minyak pengasih Halco tersebut kepada rapala X.Rap, lalu jeng....jeng...



Dengan gaya macho sambil kontrol perut, ag.karuk menggayakan trademark nya bergambar bersam mangsa keadaan, sambil berkata,"memang mujarab minyak senyonyong halco ni".



Hasilnya dua ekor dalak di naikkan dan sesi mengilat dan mengelat ditamatkan sebelum Matsintani dimarah oleh bosnya pasal lambat pergi kerja.

Sekian

Thursday, February 18, 2010

Battle of the Dalak

Tanjung Aru, 18 Feb - Battle Of The Dalak berlangsung di sini, bagi merebut hadiah berupa sebidang tanah seluas 12 juta hektar di Lautan Pasifik. Pada mulanya pertandingan ini disertai seramai 6 juta peserta tetapi kemudian menarik diri apabila mereka menyedari itu hanyalah khayalan belaka...

Mereka yang menarik diri kemudian memasuki acara lari dalam guni serta tiup belon yang nyata menawarkan hadiah berupa pewangi ketiak dan minyak lintah. Namun 3 orang pemancing betagar telah menyertai Battle Of The Dalak iaitu ag.karuk, CNot & Mazly, turut menyertai adalah Matsintani, pemancing profesional dari Tackle World cawangan Jepun.

Pembuka tirai dengan ngauman mesra adalah ag.karuk, dengan dalak seberat 400 tan menggunakan gewang Storm Thunder Blade



Kerana terlalu marah ag.karuk telah mengunyah rod kesayangannya apabila diminta pengadil utk catch, photograph and release



Namun atas dasar ingin memenangi tanah tersebut ag.karuk melepaskan dalak tersebut dengan sayu hati

kedudukan carta

ag.karuk - 1
Matsintani - 0
CNot - 0
Mazly - Belum sampai

selang dua minit, jeng..jeng...jeng....



Dalak yang menyedari dirinya akan memasuki TV melemparkan senyuman kepada jurugambar kami.



dan inilah dalangnya, ag.karuk mendahului carta dengan tambirang mau mati, tanpa menyedari rupa-rupanya...



CNot cuba mengejar dari belakang, dengan gewang Eupro Model Nda ingat..



Setelah bergambar ala-ala mesra gitu, barulah dua pemancing ini menyedari pertandingan masih berlansung lalu berposing secara macho..

kedudukan carta

ag.karuk - 2
Matsintani - 0
CNot - 1
Mazly - Masih belum sampai

Bak kata pepatah, ikan berenang lagikan terkelendat, inikan pula gewang kami, Nasib baik ada CNot, selamat gewang.



Apabila disiasat kami telah menemui dua biji gewang dan seketul Soft Plastik menyangkut di kanvas ini.



Matsintani yang menyedari beliau semakin jauh ketinggalan meningkatkan aura ketahap gaban lawan raksaksa gorgom, berbekalkan spinnerbait jenama hapa ntah, akhirnya



salah satu aksi control macho ala-ala samurai daripada Matsintani.



kedudukan carta

ag.karuk - 2
Matsintani - 1
CNot - 1
Mazly - Masih lagi belum sampai



Matsintani cuba bertapa di dalam hutan utk meningkatkan auranya ke tahap dewa lalu menjerit 'yes'..



jurugambar kami yang berkerja keras cuba mendapatkan shot terbaik meskipun terpaksa turun ke dalam kolam



Inilah peluru yang digunakan utk menewaskan dalak seberat 300 tan ini.

kedudukan carta

ag.karuk - 2
Matsintani - 2
CNot - 1
Mazly - Ntah bila mau sampai



Disebabkan keadaan perut yang tidak mengizinkan, jurugambar kami hanya mengambil gambar dalak di release secara berdiri,

Mazly yang terlambat beraksi, cuba mencilok tang korner "ala..aku datang lambat" menurut beliau.



"ala... aku saja nak test ikatan Matsintani ajar ni, tu pasal aku casting kayu ni" keluh Mazly.



kedudukan masih terikat antara ag.karuk dan Matsintani, sekali lagi matsintani menunjukkan kejagoannnya dengan tangkapan ketiga dan mendahului liga



Akhirnya, ag.karuk mengundurkan diri apabila wisel penamat ditiup.



inilah ketua juri yang mengadili pertandingan ini iaitu En. Sai. Beliau sendiri telah menguji tapak pertandingan seawal pagi untuk memastikan pertandingan berjalan lancar.



CNot terpaksa dikeluarkan daripada pertandingan apabila diketahui dia sudah pancing sama ketua juri dari pagi la, "mana aci macam ni" kata Matsintani cuba berbahasa Malaysia. CNot telah berjaya menaikkan 8 ekor dalak pada hari tesebut. Cheiistt...sungguh biawak dia ini.



kedudukan carta akhir

Matsintani - 3
ag.karuk - 2
Mazly - 0 ,ala.. aku datang lambat, bole la korang menang
CNot - disuruh tarik diri..

Dalam temuramah kami kepada seorang penonton Mr. Bob, beliau menyatakan " biasanya hero hindustan mesti kalah dulu. Matsintani umpama datuk Shah Rukh Khan yang kalah bertumbuk pada mulanya, akhirnya berjaya menwan hati kekasihnya"

Saya akhiri laporan dengan kata pepatah..

sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri

cromokcaster melaporkan untuk TV lalala....