Friday, March 26, 2010

Trip pecah kumpau @ cari lesen

Labuan, 20 Mac - setelah kumpau lebih 16 tahun semenjak menetap di Labuan, Pak bahaW (bukan nama sebenar) telah berjaya memecah kebuntuan.

Dipercayai beliau yang hampir dapat lesen sehari sebelum kejadian ini, hampir hilang akal apabila dalak membuat "sommersoult berpusing" sambil meluahkan spinnerbaitnya, Pak bahaW melompat dan melarikan diri ke dalam hutan berhampiran sehingga berjaya dipujuk oleh negotiator FBI.

Trip ripit dibuat dan Pak bahaW berjaya mendaratkan lesen pertama beliau di Labuan dengan ikan mersuji belang seberat 200 kilogram.

nota; gambar terpaksa diedit utk merahsiakan identiti beliau, ceh...



terharu dengan kejayaan itu, Pak bahaW lantas mengucup ikan tersebut dengan linangan air mata bertaburan bagaikan pasir di tepi pantai..



Ikan tersebut dilepaskan kembali dengan kata-kata aluan " panggil kawan kau yang lain pulak"



Mungkin terharu apabila dilepaskan, ikan tersebut memanggil kawannya utk berkongsi kegembiraan dgn Pak bahaW, lalu lesen kedua menunjukkan diri.

Pak bahaW segera menunjukkan posing maut tanpa menyedari itu adalah trademark ag.karuk.



setelah dipijak perut dan dibagi last warning oleh ag.karuk, Pak bahaW yang masih teruja sudi bergambar dengan posing lain pulak. dan posing trademark Lee U_ngah menjadi mangsa.. gilo mu..



Setelah dibelasah secukup rasa, Pak bahaW kembali ceria sambil menunjukkan kehenseman ikan tersebut "cheese"



Ikan dalak yang tidak sanggup melihat pak bahaW dibelasah meminta diri, Pak bahaW tidak sempat mengucapkan kata-kata perpisahan utk panggil ikan lain pulak.



Lee U_ngah yang baru balik dari Sekinchan, melihat Pak bahaW semakin eksyen lantas mengeluarkan "soft plastic ekor kudung" beliau
lalu menunjukkan ke'terer'annya kepada semua "para penonton, bapak-bapak, ibu-ibu, semua yang ada di sini..."



"Panggil kawan ko yang lain pulak" jampi Lee U_ngah..



sekali lagi "SP ekor kudung" mujarab, Lee U_ngah mendaratkan ikan layaran kedua sambil bergambar dengan trademark ag.karuk.

Pak bahaW bertanya kepada ag.karuk kenapa beliau tidak membelasah Lee U_ngah, jawapan ag.karuk " Gilo mu, tu boss aku"



Pak bahaW merasa sedih lalu melarikan diri kedalam hutan sekali lagi, pihak pengurusan sekali lagi menjemput FBI dari Amerika untuk memujuk beliau keluar dan kembali memancing..



Pak bahaW mencuba utk mengail ikan karuk, sambil diperhatikan oleh anak Bro. Raymond yang baru sampai.
"uncle ni dah tua baru mau belajar pancing karuk"
Pak bahaW terkejut dengan kehebatan daya juang karuk tersebut.



Eh.. apasal mu tak bagi hitam mata aku? Pak bahaw bertanya pada pemberita kami.
lantak mu lah, kalau aku bagi hitam, mana nampak mata mu juling, selamba jer pemberita kami menjawab.
" gilo, puyu tarik mace sebarau ", Pak bahaW terpegun sekejap



Lee U_ngah rilek jer naikkan karuk utk menyamai kedudukan dengan Pak bahaW.



Apabila ditanya kedudukan saudara ag.karuk, selamba mereka menjawab " dia budak lagi mana pandai pancing, kilar lah"

cromokcaster melaporkan utk TV lalala...

~cromokcaster~

ag.karuk punya turn

Labuan, 22 Mac - ag.karuk yang biasa kilar, kumpau dan bangau tahap dewa 19, berjaya menaikkan seekor kertang gergasi.



dengan riak dan takabur nya beliau berposing hingga lupa diri dan hilang ingatan sekejap.
"hahaha... hari ni aku sorang je dpt ikan hahaha..."

~cromokcaster~

Lee U_ngah Tewas

Labuan, 26 Mac - Buat kali pertama Lee U_ngah tewas ditangan Dalak apabila 3 kali strike, sekor pun tak naik haha...

akhirnya karuk juga pengubat luka...



nasib baik aku pakai topi ni, kalau tidak kilar aku



hahaha...tewas...hahaha...

ag.karuk mana? kilar lagi hahaha...apala, suruh dia pegi main bola la..

~cromokcaster~

Monday, March 8, 2010

Berita Seminggu

2 Mac 2010

Seawal subuh ag.karuk membuka mata sambil menggigil gian, perlahan-lahan dia bangkit membuka kotak obat sambil tersenyum, hehe... main rattlin' pagi2 ni pun best..

Pagi yang hening tiba2 riuh dengan letupan ikan, biasalah hero kalah dulu, dan hasilnya mata 3 patah,



Tidak puas hati, ag.karuk terus mengasting tapi hampeh..
ag.karuk hairan
"biasa hero kalah dulu lepas tu menang kemudian, tp ni kalah terus"

ag.karuk balik dengan perasaan dukacita dan kilar hehe..

Sesi Memindah Karuk

setelah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Raja-Raja Lubuk, salah sebuah lubuk antara 3 lubuk karuk 3 serangkai semakin kering dan akan ditimbus utk membina sebuah bangunan 4 juta tingkat, maka kerja2 pemindahan warga lubuk dilakukan pada petang ini.



C-Not segera melakukan kerja memindahkan warga lubuk tanpa sempat pakai baju
" kalau nda pakai baju, karuk sayang pada kita" kata beliau dengan selamba.



Kerana bimbang gambar tersebut akan disensor, atas paksaan pihak berkuasa, barula C-Not memakai baju.

Upacara memindahkan penduduk lubuk dirasmikan oleh Saudara ag.karuk, ketua pemuda parti karuk sedunia.



Dengan gaya ala-ala YB ag.karuk melepaskan 2300 ekor karuk dan 2 juta ekor dalak ke habitat barunya, ditemani seekor kucing yang malu-malu kucing



Sifu selaku tuan tanah berkata "apalah penat2 pancing, pakai rambat (jala) lagi senang, takat 25 ekor tu takde maknanya"

Sesi pemindahan warga lubuk tamat pada maghrib pasal takut gelap hehe...

5 Mac 2010 Ripit Balik

ag.karuk yang panas pasal patah mata 3 kembali, kali ini lebih bersedia dengan pelbagai senjata. Bro. Lat, yang membottom dari pagi hanya memerhati ag.karuk berhempas pulas & berguling mencari mangsa.

Perlahan-lahan Bro. Lat berkata " rilek ag.karuk, bottom pun best bole naik kerapu"




ag.karuk balik, kilar lagi hahaha...

6 Mac 2010

ag.karuk dan kawan2 menjalani terapi kilar bersama2 di sebuah pantai yang indah. Program ini dilaksanakan bagi merawat sindrom " balik-balik kilar" yang semakin merebak.

"Hai obat, hai obat mari beli obat" Wan cuba menjual ubat2an dalam program berkenaan sebelum dimarahi oleh doktor bertugas.



Kelihatan Andupil dan Ceyroll Crazycaster memerhati rotan panjang yang siap sedia dihambat kebadan mereka jika mereka nakal..



Sainal didapati telah berjaya merawat sindrom tersebut dengan tangkapan pertamanya, tetapi didapati sindrom tersebut bertukar kepada "Sindrom Ketambak Nyaman" apabila dia cuba mengunyah ikan tersebut.



Wan yang baru habis merajuk setelah dimarah doktor mula pulih dari sindrom "balik-balik kilar" apabila seekor semilang sudi bergambar dengan beliau. Wan yang pura-pura mengantuk masih sempat tersenyum dengan ayu nya apabila pulih sepenuhnya.



ag.karuk & ceyroll CC hanya mampu membaca jampi serapah berbunyi
" Bila lagi giliran Saya" sambil menangis. Andupil hanya mampu tersenyum dan meningkatkan ilmu sehingga menjadi Ayah Pil...angkat tangan semua...

ag.karuk balik, kilar lagi haha...

sebelum tidur, kira2 pukul 2:00 pagi, satu MMS mengejutkan diterima





Gambar ini telah disiasat kesahihannya oleh FBI dan terbukti benar, Lee U_ngah sempat mancing di kampungnya, dia ni balik kampung ka balik pancing???

Lokasi tangkapan, Tasik Biru Kundang, Rawang, Selangor.
Berat 2 Kg, Patin baik punya...

ag.karuk, kilar lagi hahaha...gelak kan dia...hahaha...

~cromokcaster~