Friday, July 15, 2011

Terus mengganas

16 Julai, Labuan - Wartawan kami yang telah di'sound direct' oleh bos supaya nda bole ambik MC terus menyiapkan laporan berikutnya.


Lee U_ngah terus menafikan kedudukan Matsintani ditempat teratas liga apabila terus menerus menjaringkan gol disaat-saat genting melalui sudut-sudut sukar.



Setelah mengasak berulangkali akhirnya beliau sekali lagi menjaringkan gol berturut-turut setelah menewaskan penjaga gol Merah Berantai di sudut muara, berbekalkan semangat keperwiraan dan set "tuutt..."



Penuaian terpilih, kadang-kadang ada jugak kena bawak balik untuk hidangan keluarga, kira rezekila ni..



Sekali lagi beliau memintas kedudukan apabila memotong dari sudut sukar lalu memecut meninggalkan pesaing di belakang.



Masih mendahului perlumbaan dengan dua mata di hadapan pesaing terdekat.



apakah Lee U_ngah akan menjuarai perlumbaan kali ini dan menduduki tangga teratas liga musim ini? sama-sama kita tunggu keputusannya..

"Oii.. ko crita orang main bola ke lumba motor ni? ni crita pasal pancingla" Wartawan kami sekali lagi di'sound direct' oleh bos menyebabkan beliau terus ambik MC dua minggu.

~cromokcaster~

Thursday, July 14, 2011

LAPORAN PERTAMA 2011

Setelah masuk bulan Julai 2011, akhirnya kami berjaya menemui semula wartawan kami yang diculik oleh ag.karuk. Dipercayai beliau berbuat demikian kerana berita beliau jarang tersiar di blog ini.

Wartawan kami melaporkan bahawa beliau didera dengan teruk selama dalam tawanan ag.karuk seperti mencium bau ketiak selama 5 hari berturut-turut dan berlari sambil membawa bola pingpong dengan sudu.

Kami terpaksa meningkatkan kawalan ketat kepada wartawan kami termasuk meminta kumpulan KL Gangster untuk menjaga beliau malah Optimus Prime turut dipanggil untuk bersedia sekiranya serangan udara dilakukan.

ag.karuk pula sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan akhbar dan hanya menafikan mempunyai apa-apa hubungan dengan wartawan tersebut.

" kami hanya kawan, skandal itu hanya gosip semata-mata" Ulas beliau apabila disoal.

dengan kepulangan wartawan kami, terimalah laporan pertama 2011

Dengan semangat yang waja dan saga, Lee U_ngah berkerja keras menjelang hari pertama, 1 Jan 2011, dan hasilnya...



Apakah yang berlaku, adakah Lee U_ngah kehilangan sentuhannya, apakah benar seperti yang dikatakan bahawa ag.karuk akan menguasai liga tahun ini?

Nampaknya ikan karuk ini dihantar oleh ag.karuk untuk mengganggu tumpuan Lee U_ngah dalam saingan kali ini. Tapi....



Lee U_ngah menundukkan sang toman pertama pada 22 Jan 2011.



Faiz @ Ujang, anak didik Lee U_ngah bakal menjadi caster yang mempunyai ilmu santet sehebat gurunya. Selamba je dia cast toman gurunya sambil menyanyi "ayam den lopeh".



Lee U_ngah rilek jer sambil menunjukkan taring tomannya sambil berkata "letak balik toman aku tu, aku nak CnR"



Selain casting Lee U_ngah turut mendalami perguruan kaloi yang dipelajari beliau di gunung kabupaten utara sebelah kedai jual minyak urut. Dalak tersebut hanyalah sebagai pengeras untuk menuntut ilmu



Seorang pakcik yang hanya mahu dikenali sebagai pakcik AK mendaratkan ungah dalam kegelapan malam.

"Dengan hati yang sabar, jiwa yang tenang, pakcik berjaya jugak. Ungah ni pakcik dapat dengan teknik casting sotong dengan batu ladung"kata pakcik AK.

"Pakcik tu teknik bottomla" Marah wartawan kami lantas meninggalkan pakcik AK kerana beliau tahu Pakcik AK adalah ag.karuk yang menyamar.



Pil berjaya mendaratkan bebatik dengan berumpankan kepala sotong, sainal berjaya mendaratkan bebatik yang didaratkan oleh Pil.
Wartawan kami berjaya menikmati makan malam istimewa malam tu haha...



ag.karuk biasalah lupa diri. Arai sekarang jadi Mat Motor, berlumba-lumba menaikkan ikan untuk dibonceng.



"kalau ag.karuk, aku malas mau komen" wartawan kami menjerit sambil melarikan diri ke dalam hutan



Khalid Dalak bersama seekor ungah, aku pun tak tau dia ni pandai pancing ikan, yang aku tau dia terrer main golf, Lee U_ngah dah upgrade pegi trolling tenggiri pulak.

Wartawan kami berjaya menyiapkan laporan pertama meskipun dihantui oleh kejadian yang baru dilalui. Kami berharap beliau akan rajin membuat laporan dan tidak lagi rajin ambil MC.

~cromokcaster~