Sunday, May 19, 2013

ada lg bah

penjelajahan cromok caster di semenanjung 2013

hasil2 cromok caster di semenanjung.... peacockbass yg mmg the best... inilah hasil ag karok di key ellll....

Friday, July 15, 2011

Terus mengganas

16 Julai, Labuan - Wartawan kami yang telah di'sound direct' oleh bos supaya nda bole ambik MC terus menyiapkan laporan berikutnya.


Lee U_ngah terus menafikan kedudukan Matsintani ditempat teratas liga apabila terus menerus menjaringkan gol disaat-saat genting melalui sudut-sudut sukar.



Setelah mengasak berulangkali akhirnya beliau sekali lagi menjaringkan gol berturut-turut setelah menewaskan penjaga gol Merah Berantai di sudut muara, berbekalkan semangat keperwiraan dan set "tuutt..."



Penuaian terpilih, kadang-kadang ada jugak kena bawak balik untuk hidangan keluarga, kira rezekila ni..



Sekali lagi beliau memintas kedudukan apabila memotong dari sudut sukar lalu memecut meninggalkan pesaing di belakang.



Masih mendahului perlumbaan dengan dua mata di hadapan pesaing terdekat.



apakah Lee U_ngah akan menjuarai perlumbaan kali ini dan menduduki tangga teratas liga musim ini? sama-sama kita tunggu keputusannya..

"Oii.. ko crita orang main bola ke lumba motor ni? ni crita pasal pancingla" Wartawan kami sekali lagi di'sound direct' oleh bos menyebabkan beliau terus ambik MC dua minggu.

~cromokcaster~

Thursday, July 14, 2011

LAPORAN PERTAMA 2011

Setelah masuk bulan Julai 2011, akhirnya kami berjaya menemui semula wartawan kami yang diculik oleh ag.karuk. Dipercayai beliau berbuat demikian kerana berita beliau jarang tersiar di blog ini.

Wartawan kami melaporkan bahawa beliau didera dengan teruk selama dalam tawanan ag.karuk seperti mencium bau ketiak selama 5 hari berturut-turut dan berlari sambil membawa bola pingpong dengan sudu.

Kami terpaksa meningkatkan kawalan ketat kepada wartawan kami termasuk meminta kumpulan KL Gangster untuk menjaga beliau malah Optimus Prime turut dipanggil untuk bersedia sekiranya serangan udara dilakukan.

ag.karuk pula sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan akhbar dan hanya menafikan mempunyai apa-apa hubungan dengan wartawan tersebut.

" kami hanya kawan, skandal itu hanya gosip semata-mata" Ulas beliau apabila disoal.

dengan kepulangan wartawan kami, terimalah laporan pertama 2011

Dengan semangat yang waja dan saga, Lee U_ngah berkerja keras menjelang hari pertama, 1 Jan 2011, dan hasilnya...



Apakah yang berlaku, adakah Lee U_ngah kehilangan sentuhannya, apakah benar seperti yang dikatakan bahawa ag.karuk akan menguasai liga tahun ini?

Nampaknya ikan karuk ini dihantar oleh ag.karuk untuk mengganggu tumpuan Lee U_ngah dalam saingan kali ini. Tapi....



Lee U_ngah menundukkan sang toman pertama pada 22 Jan 2011.



Faiz @ Ujang, anak didik Lee U_ngah bakal menjadi caster yang mempunyai ilmu santet sehebat gurunya. Selamba je dia cast toman gurunya sambil menyanyi "ayam den lopeh".



Lee U_ngah rilek jer sambil menunjukkan taring tomannya sambil berkata "letak balik toman aku tu, aku nak CnR"



Selain casting Lee U_ngah turut mendalami perguruan kaloi yang dipelajari beliau di gunung kabupaten utara sebelah kedai jual minyak urut. Dalak tersebut hanyalah sebagai pengeras untuk menuntut ilmu



Seorang pakcik yang hanya mahu dikenali sebagai pakcik AK mendaratkan ungah dalam kegelapan malam.

"Dengan hati yang sabar, jiwa yang tenang, pakcik berjaya jugak. Ungah ni pakcik dapat dengan teknik casting sotong dengan batu ladung"kata pakcik AK.

"Pakcik tu teknik bottomla" Marah wartawan kami lantas meninggalkan pakcik AK kerana beliau tahu Pakcik AK adalah ag.karuk yang menyamar.



Pil berjaya mendaratkan bebatik dengan berumpankan kepala sotong, sainal berjaya mendaratkan bebatik yang didaratkan oleh Pil.
Wartawan kami berjaya menikmati makan malam istimewa malam tu haha...



ag.karuk biasalah lupa diri. Arai sekarang jadi Mat Motor, berlumba-lumba menaikkan ikan untuk dibonceng.



"kalau ag.karuk, aku malas mau komen" wartawan kami menjerit sambil melarikan diri ke dalam hutan



Khalid Dalak bersama seekor ungah, aku pun tak tau dia ni pandai pancing ikan, yang aku tau dia terrer main golf, Lee U_ngah dah upgrade pegi trolling tenggiri pulak.

Wartawan kami berjaya menyiapkan laporan pertama meskipun dihantui oleh kejadian yang baru dilalui. Kami berharap beliau akan rajin membuat laporan dan tidak lagi rajin ambil MC.

~cromokcaster~

Monday, December 6, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

SALAM TAHUN BARU 2011

setelah sekian lama tidak ke talian, sekali lagi cromokcaster membawa laporan tertunda (balik2 pun laporan tertunda hehe..).

Berikut adalah tangkapan2 penutup 2010. ag.karuk yang sekian lama mengilarkan diri telah bertemu seorang pak dukun yang menggunakan azimat tekek ekor bercabang, lalu membuahkan hasil penutup ag.karuk bagi tahun 2010.



Pak dukun yang berjaya membawa ag.karuk keluar dari tahap kekilaran melampau Pak Syamsul Xtreme hehe... Beliau cuba menyembunyikan wajahnya yang macho kerana ditakuti ilmunya akan hilang apabila bergambar hehe...



Inilah penutup 2010 bg ag.karuk, itupun lagi mau tembirang, sudahla dapat pun tempat kompom hehe..

Lee U_ngah yang terkenal dengan kehebatan santet tahap ayam brand selamba je menaikkan seekor GT eehh... toman



"Ko tengok selamba je aku lepas balik, nanti dia besar baru kita lawan balik. Ni belum penutup lagi ni" kata-kata Lee U_ngah bagaikan seorang YB menyebabkan ag.karuk terus packing barang untuk balik sambil menangis huhu..



Untuk membuktikan kata-kata beliau semasa pilihanraya lepas bukan setakat janji-janji palsu, Lee U_ngah menunjukkan kejagoan dengan seekor panglima muara



"ni baru bunga-bunga ni ada lagi dalam air tu tahap River Monster, aku saja malas mau kasi naik"



Apabila diajukan persoalan kepada ag.karuk, beliau sambil mengesat air mata menjawab

" aku saja bagi Lee U_ngah menang tahun ni, pasal aku sibuk urus pasukan Malaysia main bola"

Ndapala ag.karuk, apa2 hal pun :

KITA BATTLE LAGI TAHUN 2011

Majulah pancing untuk negara

~cromokcaster~

Laut dalam giler......

05 Dis, Tengah Laut - Lee U_ngah yang terlepas sleeping trip yang lepas telah mengikuti satu trip ke tengah laut yang hanya tekong dan dia yang tau...


Bro. Jun, tekong otai yang mempunyai takat2 baeeek punyeee...



Inilah co-pilot yang bakal menjadi tekong tersohor
suatu hari nanti,
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka.... kita langkah bersama

(jangan pandang bawah hehe...)



Lee U_ngah cuba mempraktikkan teknik ambil gambar sendiri buat ole-ole untuk ag.karuk hehe....



Sebahagian hasil tangkapan Lee U_ngah yang semakin membuatkan ag.karuk menangis terguling-guling ....



Ni kira saiz paling kecil kata Lee U_ngah membuatkan ag.karuk hampir2 membakar koleksi pancing kesayangannya sebelum disabarkan oleh Lee U_ngah



hahaha... kali ni kompom aku sudah pigi laut dalam punya... ini dia buktinya hahaha... (Lee U_ngah cuba menyembunyikan wajahnya kerana trip kali ni adalah misi rahsia ...)



Lee U_ngah telah lulus ujian laut dalam dengan cemerlang dan inilah dia lesenya lalala...



"aikk...? tadi aku tengok ikan tu kecil, kenapa tiba2 besar" ag.karuk mempersoalkan gambar dibawah...



"Ini gambar dekatla" Kata Lee U_ngah sambil mengkarate tengkok ag.karuk yang terlebih makan obat.

pendek kata memang sukses trip kali ni, hasil bumi telah mencapai golongan sasaran seterusnya akan membangunkan ekonomi Malaysia hingga mencapai negara maju.

Nda tau apa yang reporter kami mengarut ni

~cromokcaster~

Friday, October 22, 2010

Kekalahan yang menyedihkan

Bukit Jalil, 22 Okt - Harapan Lee U_ngah untuk menduduki tempat teratas seterusnya memenangi pingat emas untuk negara Uganda punah apabila beliau ditewaskan pada peringkat akhir dalam pertemuan dengan Girlfrennya sendiri yang mewakili negara Labuan..

Juara Malaysia Open Championship akhirnya dimenangi oleh negara Labuan dengan kemenangan Girlfren Lee U_ngah itu. Jaringan pertama dilakukan dari jarak 400 kilometer dengan rembatan kencang menewaskan penjaga garisan Lee U_ngah.



Pasukan Lee U_ngah cuba menyamai kedudukan dengan serangan bertubi-tubi namun nasib lebih menyebelahi pasukan girlfrennya dengan apabila mendapat sepakan sudut seterusnya mendapat jaringan kedua sehingga wisel penamat dibunyikan.



Lee U_ngah yang nda puas hati mencabar untuk satu pertandingan ripit keesokan harinya meskipun referee nda bagi. tapi nampaknya hehe... tewas lagi la hehe...



Lee U_ngah menerangkan bahawa beliau berjaya menyamai jaringan pada minit2 terakhir tetapi laporan tersebut diragui kesahihannya.

Pakar forensik Horatio mengatakan bahawa terdapat keraguan dalam gambar tersebut



"ini gambar sindri tangkap maa... ini dia pigi sendiri ma... dia punya girlfren mana ada ikut maa..." menurut Horatio Cheng, pakar forensik.

Nampaknya berlaku kontroversi dalam Mal;aysia Open Championship kali ini. Bak kata terpatah" sedangkan lidah lagi tergigit" Saya melaporkan untuk TV cromokcaster.

~cromokcaster~