Monday, April 5, 2010

Laporan Minggu Lepas

Minggu Lepas, Labuan - aaa.....pa macam mau mula aa....

1 Apr 2010

Lee U_ngah telah menjalani satu program lawatan sambil belajar ke lubuk terlarang, ala..lubuk yang kami kena halau dulu tu...

Lawatan yang dianjurkan oleh belia 4B kabupaten Tengah itu adalah untuk mengenal spesis ikan-ikan yang masih mahu menyahut seruan kerajaan untuk makan gewang.

"Kira candat sotong pun gewang jugalah" Kata saudara Lee U_ngah.



Setelah berhempas pulas selama dua jam akhirnya seekor titir @ lingkuh @ alu-alu @ baracuda berjaya ditewaskan. Lee U_ngah tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu terharu hingga menitiskan air mata.



Inilah pemangsa yang menjadi mangsa keadaan dan bertukar menjadi gaban namun tewas dan menjadi kari ikan keesokkan harinya. (ehh..apala aku taip ni, aku pun nda paham)



Akibat tidak puas hati, seekor lagi baracuda cuba mengkarate gewang Lee U_ngah, namun Teepah tertipu bang..



Menurut cikgu yang bertugas dalam lawatan tersebut, gewang yang digunakan oleh Lee U_ngah sebenarnya telah disantet oleh beliau dan diperasap selama 16 juta tahun dahulu, itu pasallah 'masyuk'



Apabila dipersoalkan kemana perginya ag.karuk, dengan perasaan sedih dia menjawab "dorang mana mau ajak aku pigi pancing lagi, dia pigi dating tu" kata ag.karuk sedih. Buktinya ialah sekeping gambar menunjukkan girlfren Lee U_ngah pun dapat titir.



Lawatan sambil belajar itu tamat dengan tertewasnya 6 juta ekor titir dan 120 kilogram sotong.

~cromokcaster~

3 Apr 2010


Akibat ditinggalkan pegi 'dating' oleh Lee U_ngah, ag.karuk telah menyahut seruan kerajaan untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan yang dianjurkan oleh JBS Labuan. ( banyakla seruan kerajaan... kalau kena bawa pancing free, mcm tulah gayanya )

ag.karuk telah menganggotai sukarelawan menangkap ikan di Pulau P. yang terletak 14 ratus juta batu nautika dari perairan Somalia barat.

pembuka tirai tangkapan pada malam itu, jeng...jeng...



seekor ketambak (bahasa local) @ tetanda daripada tekong, Bro. Dila



Dila yang masih tidak berpuas hati menunjukkan kejagoannya sekali lagi apabila menaikkan ikan ...aku nda tau namanya hahaha...



inilah ikannya yang tidak diketahui namanya, aku nda ikut lawatan sambil belajar dengan Lee U-ngah hari tu, kata pemberita kami.

Kalau ada sapa2 yang tahu...

Dalam diam-diam Wan telah menaikkan seekor kerapu untuk di stim keesokkan harinya.



Bro. Dila sekali lagi menunjukkan cara2 otai memancing sebelum tidur, lepas tu dia betul-betul tidur..



Jijul yang baru bergiat dalam dunia pemburu ikan mula terkena karan, ketambak geng...



ag.karuk selamba menaikkan ikan anduping, biarpun bukan dia punya pancing yang dapat hehe... banyak eksyen la ini budak, lagi mau gaya-gaya ka?



Selamba je Jijul mencilok dari belakang, apa barang pakai pancing orang, nah ketambak lagi satu...



Aura Jijul semakin meningkat, akhirnya seekor lagi ikan yang aku nda tau namanya menunjukkan diri kerana tergoda dengan kehenseman Jijul.



Wan yang melihatJijul makin eksyen, menunjukkan kehandalannya dengan selamba sambil menunjukkan mata seksi awww.....



Wan yang sememangnya terkenal di Pulau P. menaikkan spesies yang jarang-jarang kena pancing tapi selalu kacau umpan jeng...jeng....



"walaupun aku nda dapat ketambak, tapi aku dapat ketam bah" kata Wan sambil cuba mengontrol hidungnya hnss..hnss...



Setelah 14 kali ujian bertulis dan 16 kali masuk bengkel, Erwin berjaya mendapatkan lesen pertama beliau



Setelah mendapat lesen memandu B, Erwin menaiktaraf lesen ke GDL pula



Inilah Hasil selama 12 tahun kami berda di Pulau P.

"Mana ikan ag.karuk?" soalan cepu emas ditanyakan, " ehh.. dia ada dapat ke?"..
haha...



Balik la weii... ag.karuk ajak balik pasal nak makan nasi lemak Lee U_ngah.
alasan orang kilar hahaha...



~cromokcaster~

4 Apr 2010

Lee U_ngah yang mendengar ag.karuk kilar di Pulau P. beliau segera bertemu dgn pakar di sebuah sekolah. Kemudian beliau menunjukkan posing ala-ala samurai blues sambil diperhatikan oleh En. Dalak, iaitu pakar motivasi 'Kekilaran Berganda'.



"Ala.. Lee U_ngah dah 50 tahun belajar mancing, memanglah dia pandai", kata ag.karuk memujuk diri...

~cromokcaster