Friday, October 22, 2010

Kekalahan yang menyedihkan

Bukit Jalil, 22 Okt - Harapan Lee U_ngah untuk menduduki tempat teratas seterusnya memenangi pingat emas untuk negara Uganda punah apabila beliau ditewaskan pada peringkat akhir dalam pertemuan dengan Girlfrennya sendiri yang mewakili negara Labuan..

Juara Malaysia Open Championship akhirnya dimenangi oleh negara Labuan dengan kemenangan Girlfren Lee U_ngah itu. Jaringan pertama dilakukan dari jarak 400 kilometer dengan rembatan kencang menewaskan penjaga garisan Lee U_ngah.



Pasukan Lee U_ngah cuba menyamai kedudukan dengan serangan bertubi-tubi namun nasib lebih menyebelahi pasukan girlfrennya dengan apabila mendapat sepakan sudut seterusnya mendapat jaringan kedua sehingga wisel penamat dibunyikan.



Lee U_ngah yang nda puas hati mencabar untuk satu pertandingan ripit keesokan harinya meskipun referee nda bagi. tapi nampaknya hehe... tewas lagi la hehe...



Lee U_ngah menerangkan bahawa beliau berjaya menyamai jaringan pada minit2 terakhir tetapi laporan tersebut diragui kesahihannya.

Pakar forensik Horatio mengatakan bahawa terdapat keraguan dalam gambar tersebut



"ini gambar sindri tangkap maa... ini dia pigi sendiri ma... dia punya girlfren mana ada ikut maa..." menurut Horatio Cheng, pakar forensik.

Nampaknya berlaku kontroversi dalam Mal;aysia Open Championship kali ini. Bak kata terpatah" sedangkan lidah lagi tergigit" Saya melaporkan untuk TV cromokcaster.

~cromokcaster~

Thursday, October 14, 2010

Lee U_ngah MengUngah

Alkisah....Toyib
Alkisah maka tersebutlah kisah....Toyib

Lee U_ngah telah berjaya menundukkan seekor ungah sebesar 600 tan dan sepanjang 430 meter. Menurut pakcik yang ditugaskan untuk menyiasat kejadian tersebut, Lee U_ngah terpaksa bertarung selama dua bulan setengah sehinggakan beliau sendiri menjadi setengah. Setengah apa? aa.. itu yang menjadi persoalan di sini.


" Pakcik dulu pun biasa dapat ikan besar macam ni. ada yang lagi besar, tapi terlepas. Pakcik lagi terer mancing" Sambung pakcik itu lagi. Pakcik ni nampaknya mula melalut, siapakah dia jeng..jeng...
disyaki pakcik tersebut adalah ag.karuk yang menyamar.



Walaupun Lee U_ngah sehensem ungah yang ditangkapnya, tetapi lori dibelakang itu bukan dia yang punya, itu Ahmad Albab Yang punya...ingat Ahmad Albab yang punya...
pagar tu pun bukan dia yang punya..



"Perhatikan saiz ikan tersebut, lip grip yang digunakan adalah sepanjang 200 meter, betul saya tak tipu" kata pakcik itu lagi.

Lee U_ngah hanya mampu menitiskan air mata terharu sambil bersedia untuk Malaysia Open Championship akan datang...

~cromokcaster~

Lesen Casting Yui.kesili

11 Okt. Setelah 16 juta tahun menanti, akhirnya Yui.kesili telah berjaya mendapatkan lesen casting pertama beliau.

Toman seberat 16 ratus kilo itu telah menyerah diri akibat tergoda dengan gelekan popper yui.kesili yang laju gila mengalahkan kereta F1.



Disebabkan toman tersebut belum cukup umur, maka ia mesti dilepaskan tanpa syarat sebab belum boleh mengundi. Yui.kesili dengan berat hati dan jantung terpaksa melepaskannya pergi setelah percintaan mereka tidak direstui.



apabila ditanyakan kepada ag.karuk yang masih belum ada lesen toman tapi temberang mau mati, beliau hanya mampu tertunduk lalu pergi ke tandas untuk menangis.

~cromokcaster~

Sunday, October 10, 2010

Lee U_ngah membara

......no komen......

"Sia malas kawan sama ini orang, balik-balik dia saja dapat ikan"



ag.karuk tidak mahu ditemuramah dan segera melarikan diri kedalam hutan sambil ketawa, nampaknya beliau terlupa dengan ubat yang baru diberikan oleh doktor.

~cromokcaster~

'Sutun' kembali

Setelah sekian lama kita menanti sambungan drama "sutun" akhirnya saudara Lee U_ngah berazam untuk menyambung kembali drama yang digemari ramai itu.

Penggambaran dilakukan di Pantai Pancur Hitam, dibintangi oleh d'sutun baik punye'



Pengarah Lee U_ngah turut menyediakan stunt double untuk babak-babak cemas seperti termakan candat sotong.



Seorang pelakon baru diperkenalkan oleh Saudara Lee U_ngah iaitu Kerapu Layan untuk menambahkan keserian drama itu kelak.



Sama-sama kita saksikan drama 'sutun kembali' di saluran 16 juta Astero Rio...

~cromokcaster~

9 9 900 juta liun liun

Salam bahgia, saya cromokcaster, bertemu kita kembali dalam rancangan 9 9 900 juta liun liun, satu sindiket perjudian telah diserbu di Kg. Lubuk Bersama. Dipercayai sindiket ini telah beroperasi lebih setahun lalu dan telah 73 kali diserbu pihak berkuasa selubuk.

Modus operandinya sindiket ini adalah dengan beroperasi disebalik jamban usang yang dikatakan berhantu. Namun semasa serbuan dibuat, tiada tangkapan dibuat. Kita saksikan VC ini...



Ms. Kila yang menjadi saksi kejadian mengatakan " gugu gaga papa mama "



"apala auntie ni, balik2 suruh makan, duit raya tak mau bagi"



Dipercayai bookie iaitu ag.karuk cuba meng'undertable' petugas kami dengan jamuan makan malan di hotel 6 bintang.



Berpuluh tahun aku beraya, berpuluh open house aku pigi, first time aku jumpa org datang open house buka baju, memang kalau Jalak Lenteng, pendekar handalan.



Pak Man terpaksa senyum untuk mengelakkan tengkoknya dikarate oleh pendekar disebelahnya.



SaaB dan Lee U_ngah buat-buat makan sambil berpura-pura tidak tahu bahawa tempat tersebut sedang diserbu, Yui.kesili masih mampu kontrol hensem memandang kamera..



"Aku rasa selunsung dua ekor sama, lobster 4 ekor aku suruh bakar tadi, kenapa jadi sayap ayam pulak semua ni" salah seorang pihak berkuasa bingung apabila diminta bertugas menyalai sayap ayam.



Yang lain purak-purak pengsan macam Hj Bakhil, hehe... makan dulu, bakar-bakar kemudian...



lee U_ngah mengamalkan cara-cara Sufi Damasutra makan iaitu berdiri meskipun kerusi kosong ada 16 ratus dibelakangnya...



Pendekar Jalak Lenteng tersipu malu apabila ditangkap bersama bahan bukti.



Patutlah tiada tangkapan dibuat, rupanya pertandingan tersebut adalah untuk mencari Ketua Kampung Kg. Lubuk Bersama yang baru, akhirnya Yui.kesili dilantik secara rasmi sebagai ketua kampung yang baru.

Nampaknya wartawan kami telah melakukan kesilapan dengan menyerbu pusat bimbingan kanak-kanak riang yang disangkakan sindiket perjudian. Pihak penerbit rancangan bercadang untuk mengenakan tindakan tataterbit terhadap wartawan kami iaitu mencari ketiak ular sambil ketawa.

Sebelum kami mengundur diri, kami mengucapkan semoga saudara Yui.kesili menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan "sabar, kita orang baik-baik"

bertemu lagi kita diminggu hadapan dalam rancanga 9 9 900 juta liun liun, salam bahgia...

~cromokcaster~

Pecah "Kilar"

1 Okt, Jumaat - Setelah sekian lama mengilarkan diri akhirnya ag.karuk berjaya memecahkan kebuntuan mendapatkan pingat emas dalam acara tenpin boling padang dengan tertumpasnya Mr. Moon Moon dari Australia.

ag.karuk yang mula berasa riak dan lupa diri mengangkat pingat emas kejuaraan seberat 2 kilo (jari...)



Yui.kesili yang menduduki tempat ke 10 dunia cuba mengalahkan ag.karuk pada pusingan kedua namun hanya berjaya mengangkat trofi yang juga dimenangi oleh ag.karuk lantas membuatkan ag.karuk semakin angkuh dan takbur tahap setan..



Menurut Bomoh Mas Samsul Waduh Kaget
"seandainya ekor ikan keluar daripada plastik maka ikan tersebut besar"



Maka Yui.kesili pun menggunakan plastik bungkus kebab yang sempat diciloknya semalam.
plastik kecil memanglah keluar ekor punya, chiss... itu pun mau tipu ka??
Baik punya cilok

~cromokcaster~

Friday, October 8, 2010

Sleeping Trip

25 Jun, Mengalum - setelah sekian lama mengumpaukan diri, ag.karuk telah menghadiri satu sessi Kuliah Tidur Laut Dalam yang diadakan Mengalum. Selain ag.karuk, Sainal & Kici turut menghadiri kuliah tersebut (Lee U_ngah teda cuti hehe..).

Sainal, Kici & ag.karuk bergambar ala2 kumpulan rock dolu-dolu... dorang bertiga jak yang sibuk bergambar yang lain rilek jak..



Tanda-tanda trip TIDUR yang sukses ialah kapal menyangkut di pasir sampai terpaksa meminta bantuan OPTIMUS PRIME untuk menarik kapal yang sangkut haha...



atas desakan penduduk setempat (sambil membawa cangkul & parang), trip TIDUR tersebut mesti diteruskan walaupun terlewat hampir 600 tahun...



Sainal dan Kici cuba menenangkan diri apabila memerhatikan ag.karuk cuba meningkatkan aura santet kerana terlupa membawa kemayan..

itu uncle rileks jer...selamba layan ikan...apa pakai santet ni...



Setibanya mereka di sana, kuliah TIDUR dimulakan secara beramai-ramai...

kuliah tersebut sangat berjaya sehinggakan....
......
.....
...
..

tiada sekeping gambar pun ditangkap jurugambar kami yang telah berjaya menamatkan kuliah tersebut dengan cemerlang, kemabukan tahap ultraman lawan raksasa sotong memastikan mereka lulus kuliah tersebut.
....
...
..
. (nasib baik adalah jugak hasilnya)...



Satu keajaiban berlaku apabila hasil tersebut dihantar kegerai Lee U_ngah...eh eh hairanlah...



Inilah antara keajaiban yang berlaku, tiba-tibanya jadi sedap... apa kes...



Lee U_ngah yang telah buat magic masih mampu tersenyum walaupun terkilan kerana tidak dapat menghadiri kuliah tersebut.



Sesi makan.... tak nak cakap apa2 mulut penuh....mmmmmm...



Yoy_Radi yang terlewat tiba hanya mampu mencekik lai chi kang haha.... siapa suruh..



Kesimpulan trip

Sleeping 5 bintang
pancing hancur...
Service kapal...malas mau cakap, bak kata bomoh "jangan menyesal" dengan Mah pun dia kata "jangan menyesal"...

~cromokcaster~

Laporan Tertunda

Apabila kekurangan bahan dan menghadapi tahap kekilaran berganda, penulis mula menghadapi sindrom ekinominavarenextrasantet @ malas gila lalu tidak mengupdate blog ini.

Pihak pengurusan badan blog mula mengambil tindakan dengan memaksa penulis melakukan diet selama 200 tahun sehingga kembali ramping bagaikan Erra Fazira selepas bersalin.Pengurusan badan blog memohon ampun dan maaf kerana tiada update sejak sekian lama, memang malas punya orang.







betul2 malas ini orang hantar gambar saja, itu laporan mana aa...

~cromokcaster~