Monday, December 6, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

SALAM TAHUN BARU 2011

setelah sekian lama tidak ke talian, sekali lagi cromokcaster membawa laporan tertunda (balik2 pun laporan tertunda hehe..).

Berikut adalah tangkapan2 penutup 2010. ag.karuk yang sekian lama mengilarkan diri telah bertemu seorang pak dukun yang menggunakan azimat tekek ekor bercabang, lalu membuahkan hasil penutup ag.karuk bagi tahun 2010.



Pak dukun yang berjaya membawa ag.karuk keluar dari tahap kekilaran melampau Pak Syamsul Xtreme hehe... Beliau cuba menyembunyikan wajahnya yang macho kerana ditakuti ilmunya akan hilang apabila bergambar hehe...



Inilah penutup 2010 bg ag.karuk, itupun lagi mau tembirang, sudahla dapat pun tempat kompom hehe..

Lee U_ngah yang terkenal dengan kehebatan santet tahap ayam brand selamba je menaikkan seekor GT eehh... toman



"Ko tengok selamba je aku lepas balik, nanti dia besar baru kita lawan balik. Ni belum penutup lagi ni" kata-kata Lee U_ngah bagaikan seorang YB menyebabkan ag.karuk terus packing barang untuk balik sambil menangis huhu..



Untuk membuktikan kata-kata beliau semasa pilihanraya lepas bukan setakat janji-janji palsu, Lee U_ngah menunjukkan kejagoan dengan seekor panglima muara



"ni baru bunga-bunga ni ada lagi dalam air tu tahap River Monster, aku saja malas mau kasi naik"



Apabila diajukan persoalan kepada ag.karuk, beliau sambil mengesat air mata menjawab

" aku saja bagi Lee U_ngah menang tahun ni, pasal aku sibuk urus pasukan Malaysia main bola"

Ndapala ag.karuk, apa2 hal pun :

KITA BATTLE LAGI TAHUN 2011

Majulah pancing untuk negara

~cromokcaster~

Laut dalam giler......

05 Dis, Tengah Laut - Lee U_ngah yang terlepas sleeping trip yang lepas telah mengikuti satu trip ke tengah laut yang hanya tekong dan dia yang tau...


Bro. Jun, tekong otai yang mempunyai takat2 baeeek punyeee...



Inilah co-pilot yang bakal menjadi tekong tersohor
suatu hari nanti,
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka.... kita langkah bersama

(jangan pandang bawah hehe...)



Lee U_ngah cuba mempraktikkan teknik ambil gambar sendiri buat ole-ole untuk ag.karuk hehe....



Sebahagian hasil tangkapan Lee U_ngah yang semakin membuatkan ag.karuk menangis terguling-guling ....



Ni kira saiz paling kecil kata Lee U_ngah membuatkan ag.karuk hampir2 membakar koleksi pancing kesayangannya sebelum disabarkan oleh Lee U_ngah



hahaha... kali ni kompom aku sudah pigi laut dalam punya... ini dia buktinya hahaha... (Lee U_ngah cuba menyembunyikan wajahnya kerana trip kali ni adalah misi rahsia ...)



Lee U_ngah telah lulus ujian laut dalam dengan cemerlang dan inilah dia lesenya lalala...



"aikk...? tadi aku tengok ikan tu kecil, kenapa tiba2 besar" ag.karuk mempersoalkan gambar dibawah...



"Ini gambar dekatla" Kata Lee U_ngah sambil mengkarate tengkok ag.karuk yang terlebih makan obat.

pendek kata memang sukses trip kali ni, hasil bumi telah mencapai golongan sasaran seterusnya akan membangunkan ekonomi Malaysia hingga mencapai negara maju.

Nda tau apa yang reporter kami mengarut ni

~cromokcaster~