Sunday, June 20, 2010

troling sama crazycaster

sehari dlm seumur hidup, inilah kali pertama lee u_ngah pegi troling nasib x kumpau ( jgn marah ha nanti kena jual ) lee u_ngah pergi bersama team crazy caster beribu batu jauh nya akhir nya sampai juga d port yg d tuju. seperti biasa la klu kali pertama troling mana tau bawa bot jadi dapat la port depan. org kata bukan saya kata klu duduk depan ada can lebih sikit ha...ha... Disebabkan duduk depan adalah hasil nya . asal bergambar mesti duduk depan jgn marah sahabat saya ada lesen sudah anda bila lagi kata lee u_ngah.



ini dia hasil yg pertama ikan pahat2. kebulur juga ikan ni ikan palsu pun mau mkn ka.ikan yg ke 2 biasa la atas nama lee u_ngah kompom la ikan ungah @ siakap merah @ MJ.jadi puas sudah trolling itu je hasil nya.sape yg kumpau minta maaf dari ujung rambut sampai ujung kaki next trip jumpa lagi ha...ha... ba bye...



~cromokcaster~

Mari Membaung

18 Jun 2010

sesekali ku rasa teringin
melewati hatimu yang dingin

itu lagu Shima, ini lagu baru

sesekali kurasa teringin
memancing pakai umpan balik hehe...

setelah lama casting dan dapat lesen penuh, Lee U_ngah telah menganjurkan satu pertandingan kasi bau tangan dengan menggunakan umpan "bom", bukan bom ikan, tp dedak bom, memang bombastic betulla. Lokasi pertandingan Kolam Andy Merinding.

Lee U_ngah membuka tirai dengan baung pertama seberat 300 'kilo'gram..



Sekali lagi Lee U_ngah membuktikan ke"power"an bomnya, dengan ikan kedua..




ag.karuk pecah kilar dua bulan dgn ikan baung terbesar haha...terkecilla, double hooked-up dgn gilfren Lee U_ngah



gilfren lee U_ngah memintas dgn tangkapan lain yang terkeluar dari liga, putihan satu...buleh buat umpan ni..



Pijul Redwing yang redha' dgn kemujarobat ehhh... salah, kemujaraban umpan bom segera menderhaka casting buat seketika dan berjaya menaikkan seekor patin mekong labuan @ baung



Lee U_ngah yang ketinggalan di belakang segera menggunakan teknik Sekinchan mari lalu kembali mendahului liga



Pijul Redwing yang terpesona dengan tarikan baung yang sekuat raksasa gorgom cuba mengejar dari belakang...



Khalid Dalak yang masih setia dengan Perguruan Pengilat Tegar terus berusaha dgn gigih, bak kata pepatah "sedangkan lidah lagi tergeget, ini pula suami isteri" apalah aku punya pepatah ni..



Ayurudin yang panjang sebelah tangan casting akhirnya pasrah dengan takdir lalu mencoba dedak bom... mana tahan balik2 dorang saja kena tarik ikan..



hehehe... ikan pertamaku di Labuan, nasib baik ber'iting' @ sengat kalau nda akan ku abadikan dengan satu ciuman bagaikan Pak bahaW..



"Cuba kau cium baung tu, dua minggu bibir bengkak mcm angelina jolie ko mau" Pijul redwing sound direk sementara Setha (nda tau spelling) masih tekun memancing sebelum masuk kerja.



Ayurudin semakin yakin dengan teknik yang dipraktikkannya setelah 16 tahun bertapa di Kuala Membakut



sekali lagi gelfren Lee U_ngah yang terkenal menaikkan spesis luar liga menaikkan kalapia @ Tilapia Merah, hehe... mau masak apa tu ah..??



"Balik-balik dia" tangkapan seterusnya, si ikan kaloi yang baru lepas bersunat, ag.karuk segera membawa diri ke kolam lain untuk menenangkan diri..



Pijul Redwing mendapat baung trophy, setelah bertarung hampir dua jam.. eehh dua minit, pengarang telah di warning oleh Ustaz kerana selalu menambah cerita hehe...



Khalid Dalak berasa tertekan sehingga migrain teruk diperut lalu mengharingkan diri dgn dedak bom, hehe...derhaka jugak akhirnya ..
Bukan derhaka bah.. mempelbagaikan teknik kan kan kan...



"kalau naik tadi tu, kompom patin 24 kilogram. Fuhh... aku layan lebih tiga jam" ag.karuk membuka cerita temberang, biasala kalau lepas mesti besar punya..



Tuan Tanah Kedaung @ Suresh cuba menenangkan diri mendengar cerita karut ag.karuk.



Khalid Dalak dengan baung terakhir merangkap hasil penutup, hehe.. bole bawa balik..



Sesi Makan

Setelah sesi menguji kolam dan dedak bom berjaya, dua ekor baung telah berjaya di'stim oyster'kan. Memang stim betul baung tu..



Kici & Yoy_Radi yang tidak berpuas hati pasal nda kena bawa mengail sekadar membuat muka hampeh sambil dipujuk oleh ag.karuk dengan gula-gula sugus.



Rupa-rupanya sedap juga baung ni yee... hehe tinggal tulang, kalah2 kucing yang makan..



Barisan pelakon yang menjayakan rancangan "Jalan-Jalan Cari Pasal" Sainal, ag.karuk, Yoy_Radi, Kici & Datin A'alia..



"Haha... baru dorg tau pukulan baung stim, tu belum masak tempoyak tu" Lee U_ngah memerhati baung stim yang tinggal tulang, sampai kepala baung pun ag.karuk pisi mlm tu..



Datin A'alia memuji masakan ayahanda tercinta sambil promote kedai liaunya, "Mesti Mari"



apabila pengarang kami bertanya kepada ag.karuk kenapa Khalid Dalak dan Pijul redwing tiada pada malam tersebut, ag.karuk menjawab
" alamak, aku lupa call dorg, matila aku kena bom dorg lepas ni" katanya yang ketakutan sambil mengunyah dedak bom macam keropok.

hamtam memang..

~cromokcaster~

Monday, June 14, 2010

Lee U-ngah Menitir

14 Jun 2010

Lee U_ngah yang telah mendapat lesen penuh terus menunjukkan kejagoan tahap dewa pemusnah alam sekitar dengan tangkapan terbaru di Popin...eh salah di Sg. Ganggarak



Titir @ Lingkuh @ dengan bahasa tempatan Baracuda seberat 350 juta kilogram itu diperangkap seawal 3:30 pagi dan pertarungan sengit berlansung selama 5 jam 30 minit dan titir tersebut hanya berjaya dinaikkan pada pukul 9:00 pagi.



Lee U_ngah yang keletihan selepas bertarung merasa sungguh lapar lalu cuba memakan rodnya tetapi rod itu lebih keras daripana nasi mentah yang digoreng tepung.



Akhirnya titir tersebut sudi untuk bergambar setelah dipujuk rayu oleh jurugambar kami iaitu saudara Lee U_ngah sendiri.



"itulah pigi pancing sendiri2, tangkap gambar sindiri hahaha..." kata ag.karuk dengan nada jahat.
apabila persoalan diajukan kepada Lee U_ngah, Beliau berkata " ag.karuk biasa bangun pagi pun pukul 11 pagi, apa barang"

~cromokcaster~

Thursday, June 10, 2010

Lee U_ngah mengganas Siri 3

Setelah menghadiri kelas, bengkel dan latihan memandu selama sebulan, Lee U_ngah telah mendapat lesen P dengan toman di aing pelacahan. ag.karuk ketawa besar hahaha... mana kira ...


Lesen Penuh

Lee U_ngah selamba bergaya dengan lesen P beliau...



10 Jun 2010 Lesen Penuh

Setelah abis lesen P Lee U_ngah telah mendapat lesen penuh dengan toman trophy beliau seberat 2100 kilogram.



Toman trophy tersebut turut menguntumkan senyuman semanis madu dengan kejayaan Lee U_ngah.



disebabkan kehadiran rarusan wartawan dan ribuan pengunjung, toman tersebut cuba bersembunyi dari lensa kamera dengan bertapuk di celah-celah rumput nan menghijau



Datin kesayangan lee U_ngah turut berbangga setelah daddy nya berjaya dalam pertarungan kalah mati dengan team brazil eehhh... toman tersebut



Sesi sidang akhbar sambil minum di dewan Perdana Seri Murni berakhir dengan sesi cerita kedai kopi..



Dengan kejayaan melengkapkan lesen casting tersebut Lee U_ngah cuti pancing selama sehari pasal jaga anak hahaha....

ag.karuk mana? dia belum apply lesen lagila..

~cromokcaster~

Lee U_ngah Mengganas Siri 2

Ketika ag.karuk menikmati honeymoon di KK sana dekat pasar ikan, tiba-tiba dia menerima satu MMS yang diragui kesahihannya... Lee U_ngah dengan seekor selunsung. Ketika ditanyakan ag.karuk berkata " ala ikan kecil tu, dia pakai teknik fotografi extrvaganza je tu"



Mengetahui keadaan itu Lee U_ngah menirimkan satu lagi MMS sebagai bukti di mahkamah anak negeri, mengenai kes skandal dato...emmm.. apa aku mengarut ni...



ag.karuk tidak memberikan apa2 komen tentang gambar tersebut. Lee U_ngah telah mengirimkan satu lagi gambar check mate punya... kompom la



Akhirnya, Lee U_ngah telah mendapat lesen selunsung pada tahun ini. ag.karuk yang mengetahui keadaan tersebut hanya mampu tersenyum, cheist....

~cromokcaster~

Lee U_ngah mengganas siri 1

Pada suatu hari, ag.karuk telah menerima satu MMS yang bikin panas, jeng..jeng...jeng...

Lee U_ngah telah meningkatkan aura hingga ke tahap hinomiya lawan ultraman...



Sesi percubaan pencil hinomiya yang baru telah pecah dara... hehe...



~cromokcaster~

Tuesday, June 8, 2010

Thomas Cup Celebration


14 Mei 2010


Sempena Malaysia layak ke final Thomas Cup, satu perayaan besar-besaran telah disambut di banglo kediaman rasmi ag.karuk. Kehadiran pengunjung yang mencecah 245 ribu orang turut memeriahkan suasana. Antara artis jemputan pada malam tersebut ialah kumpulan Radja(gopal), Peterpan,Letto & Abu Bakar Ella. Majlis tersebut turut dibuat sempena kejayaan Saab menaikkan seekor tenggiri seberat 660 Kilogram setelah 18 bulan trolling.

Kelihatan Bomoh ikan (Samsul CC)mengajar cara-cara mengeluarkan aura ikan sehingga berasap kepada Jack CC dan Cayroll CC



Saab yang tidak mahu ketinggalan turut bertangas diikuti oleh Yoy_Radi dengan selamba beruk, beruk pun nda selamba macam dia



ag.karuk yang lupa diri menunjukkan cara-cara bertangas sambil temberang sebelum mulunya disumbat oleh Jack CC dengan penyepit ikan



Inilah tenggiri yang menjadi santapan kami sebelum tengok Thomas Cup



Amir CC agak tenang pada hari tersebut kerana dia mengambil ubat pada hari tersebut mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor, kalau inda...



Bomoh ikan menunjukkan cara-cara membakar ikan menggunakan kemanyan, Yoy_Radi pula menunjukkan ilmu kebalnya dengan membalikkan-balikkan ikan dengan tangan. Cayroll CC hanya melihat dari jauh dengan penuh kesayuan





Lagi satu bukti menunjukkan kaki pancing kuat minum.. itu tangan siapa punya ??



Yoy Jr. turut terlibat dalam komplot memanggang ikan sambil memeriahkan suasana



Kaki pancing kalau sudah jumpa ikan, yang sudah kena bakar pun jadila, asal ikan.. semua khusyuk, ag.karuk pun nda sempat lupa diri..



Hari ni girlfren ag.karuk & Yoy_Radi jadi Mem Besar dalam ini rumah tau... Sekali lagi perhatikan Yoy_Radi & Yoy Jr. sama muka dorang kan haha...



Yang bulat-bulat kuning tu nama dia ikan bulat-bulat kuning, hanya terdapat di pasaraya terdekat dengan anda, dapatkan dipasaran sekarang.



Saab terpaksa dihantar pulang ke Miri kerana nda mau pakai baju, kami risau rami aweks-aweks akan tergoda dengannya auuwww...hensemnya...



Blues ular sawa....perut kenyang mata pun berat.. apa crita Thomas Cup aa...??



Cayroll CC menunjukkan aksi manja dan menggoda selepas makan, ini adalah tanda-tanda dimana beliau sudah time makan ubat..



Lee U_ngah menyahut seruan kerajaan supaya rajin membaca meskipun beliau hanya tengok gambar hahaha...



Jack CC memberikan sepenuh perhatian kepada cerita ag.karuk tentang monster yang dinaikkan beliau ketika bertugas sebagai pemandu pancing di New Zealand, ntah bila dia pigi sana..



Samsul CC @ Bomoh Ikan mendengar temberang ag.karuk sambil berkata " bila masa dia ni dapat ikan, kilar terus ni "



Amir CC dan ayuirudin bagaikan merpati dua sejoli, selama 12 tahun asyik berkepit



Tanpa kami sedari perayaan tersebut telah berlansung selama dua minggu pasal Saab tiba-tiba telah kembali dari Miri untuk melihat keadaan dan menonton wayang " Jangan Pandang Sebelah Mata itu Peacock bass Amazon "



Setelah selesai majlis tersebut, kami akhirnya menyedari bahawa majlis tersebut berlansung atas "missed comunication" dalam bahasa inggeris ataupun "missed call" dalam bahasa kami. Nasib baik jadi... Lain kali kita

missed call lagi
missed call lagi
lagi lagi missed call
hahaha...


~cromokcaster~