Monday, March 8, 2010

Berita Seminggu

2 Mac 2010

Seawal subuh ag.karuk membuka mata sambil menggigil gian, perlahan-lahan dia bangkit membuka kotak obat sambil tersenyum, hehe... main rattlin' pagi2 ni pun best..

Pagi yang hening tiba2 riuh dengan letupan ikan, biasalah hero kalah dulu, dan hasilnya mata 3 patah,



Tidak puas hati, ag.karuk terus mengasting tapi hampeh..
ag.karuk hairan
"biasa hero kalah dulu lepas tu menang kemudian, tp ni kalah terus"

ag.karuk balik dengan perasaan dukacita dan kilar hehe..

Sesi Memindah Karuk

setelah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Raja-Raja Lubuk, salah sebuah lubuk antara 3 lubuk karuk 3 serangkai semakin kering dan akan ditimbus utk membina sebuah bangunan 4 juta tingkat, maka kerja2 pemindahan warga lubuk dilakukan pada petang ini.



C-Not segera melakukan kerja memindahkan warga lubuk tanpa sempat pakai baju
" kalau nda pakai baju, karuk sayang pada kita" kata beliau dengan selamba.



Kerana bimbang gambar tersebut akan disensor, atas paksaan pihak berkuasa, barula C-Not memakai baju.

Upacara memindahkan penduduk lubuk dirasmikan oleh Saudara ag.karuk, ketua pemuda parti karuk sedunia.



Dengan gaya ala-ala YB ag.karuk melepaskan 2300 ekor karuk dan 2 juta ekor dalak ke habitat barunya, ditemani seekor kucing yang malu-malu kucing



Sifu selaku tuan tanah berkata "apalah penat2 pancing, pakai rambat (jala) lagi senang, takat 25 ekor tu takde maknanya"

Sesi pemindahan warga lubuk tamat pada maghrib pasal takut gelap hehe...

5 Mac 2010 Ripit Balik

ag.karuk yang panas pasal patah mata 3 kembali, kali ini lebih bersedia dengan pelbagai senjata. Bro. Lat, yang membottom dari pagi hanya memerhati ag.karuk berhempas pulas & berguling mencari mangsa.

Perlahan-lahan Bro. Lat berkata " rilek ag.karuk, bottom pun best bole naik kerapu"




ag.karuk balik, kilar lagi hahaha...

6 Mac 2010

ag.karuk dan kawan2 menjalani terapi kilar bersama2 di sebuah pantai yang indah. Program ini dilaksanakan bagi merawat sindrom " balik-balik kilar" yang semakin merebak.

"Hai obat, hai obat mari beli obat" Wan cuba menjual ubat2an dalam program berkenaan sebelum dimarahi oleh doktor bertugas.



Kelihatan Andupil dan Ceyroll Crazycaster memerhati rotan panjang yang siap sedia dihambat kebadan mereka jika mereka nakal..



Sainal didapati telah berjaya merawat sindrom tersebut dengan tangkapan pertamanya, tetapi didapati sindrom tersebut bertukar kepada "Sindrom Ketambak Nyaman" apabila dia cuba mengunyah ikan tersebut.



Wan yang baru habis merajuk setelah dimarah doktor mula pulih dari sindrom "balik-balik kilar" apabila seekor semilang sudi bergambar dengan beliau. Wan yang pura-pura mengantuk masih sempat tersenyum dengan ayu nya apabila pulih sepenuhnya.



ag.karuk & ceyroll CC hanya mampu membaca jampi serapah berbunyi
" Bila lagi giliran Saya" sambil menangis. Andupil hanya mampu tersenyum dan meningkatkan ilmu sehingga menjadi Ayah Pil...angkat tangan semua...

ag.karuk balik, kilar lagi haha...

sebelum tidur, kira2 pukul 2:00 pagi, satu MMS mengejutkan diterima





Gambar ini telah disiasat kesahihannya oleh FBI dan terbukti benar, Lee U_ngah sempat mancing di kampungnya, dia ni balik kampung ka balik pancing???

Lokasi tangkapan, Tasik Biru Kundang, Rawang, Selangor.
Berat 2 Kg, Patin baik punya...

ag.karuk, kilar lagi hahaha...gelak kan dia...hahaha...

~cromokcaster~

No comments:

Post a Comment