Monday, May 31, 2010

Laporan Tertunggak kedua

Lee U_ngah yang seringkali terlepas peluang bertarung bermati-matian mengajak ke Sg. ganggarak utk ripit dengan berusak di sana. Keadaan air yang cantik ala-ala Maya Karin dalam cerita duyung memungkinkan banyak pemangsa yang sedang berkeliaran. ag.karuk dan Cayroll CC telah bersama-sama mencuba nasib dan hasilnya...



Namun setelah kejadian tersebut, tiada hasil dinaikkan apabila ag.karuk tiba-tiba membuat terjunan penuh kasih sayang ke dalam air, konon2 melepaskan gewangnya yang tersangkut .... banyakla sangkut....

~cromokcaster~


Setelah kejadian ag.karuk terjun laut, Lee U_ngah telah bertukar menjadi pemancing darat kerana takut terkena badi kekilaran berganda. Hasil bertapa selama 16 hari sambil menggigit joran akhirnya..




nampaknya dalak ini memang lapar betul.. habis katak getah ni ko telan..



~cromokcaster~


Setelah yakin keadaan air betul-betul telah pulih daripada tekanan akibat ag,karuk mandi, Lee U_ngah kembali mencuba dan buktinya







3 ekor bulan-bulan menjadi saksi sumpahan sudah terurai, sg. Ganggarak kembali sibuk dengan pelbagai aktiviti perdagangan antarabangsa.

~cromokcaster~

No comments:

Post a Comment