Sunday, June 20, 2010

Mari Membaung

18 Jun 2010

sesekali ku rasa teringin
melewati hatimu yang dingin

itu lagu Shima, ini lagu baru

sesekali kurasa teringin
memancing pakai umpan balik hehe...

setelah lama casting dan dapat lesen penuh, Lee U_ngah telah menganjurkan satu pertandingan kasi bau tangan dengan menggunakan umpan "bom", bukan bom ikan, tp dedak bom, memang bombastic betulla. Lokasi pertandingan Kolam Andy Merinding.

Lee U_ngah membuka tirai dengan baung pertama seberat 300 'kilo'gram..



Sekali lagi Lee U_ngah membuktikan ke"power"an bomnya, dengan ikan kedua..




ag.karuk pecah kilar dua bulan dgn ikan baung terbesar haha...terkecilla, double hooked-up dgn gilfren Lee U_ngah



gilfren lee U_ngah memintas dgn tangkapan lain yang terkeluar dari liga, putihan satu...buleh buat umpan ni..



Pijul Redwing yang redha' dgn kemujarobat ehhh... salah, kemujaraban umpan bom segera menderhaka casting buat seketika dan berjaya menaikkan seekor patin mekong labuan @ baung



Lee U_ngah yang ketinggalan di belakang segera menggunakan teknik Sekinchan mari lalu kembali mendahului liga



Pijul Redwing yang terpesona dengan tarikan baung yang sekuat raksasa gorgom cuba mengejar dari belakang...



Khalid Dalak yang masih setia dengan Perguruan Pengilat Tegar terus berusaha dgn gigih, bak kata pepatah "sedangkan lidah lagi tergeget, ini pula suami isteri" apalah aku punya pepatah ni..



Ayurudin yang panjang sebelah tangan casting akhirnya pasrah dengan takdir lalu mencoba dedak bom... mana tahan balik2 dorang saja kena tarik ikan..



hehehe... ikan pertamaku di Labuan, nasib baik ber'iting' @ sengat kalau nda akan ku abadikan dengan satu ciuman bagaikan Pak bahaW..



"Cuba kau cium baung tu, dua minggu bibir bengkak mcm angelina jolie ko mau" Pijul redwing sound direk sementara Setha (nda tau spelling) masih tekun memancing sebelum masuk kerja.



Ayurudin semakin yakin dengan teknik yang dipraktikkannya setelah 16 tahun bertapa di Kuala Membakut



sekali lagi gelfren Lee U_ngah yang terkenal menaikkan spesis luar liga menaikkan kalapia @ Tilapia Merah, hehe... mau masak apa tu ah..??



"Balik-balik dia" tangkapan seterusnya, si ikan kaloi yang baru lepas bersunat, ag.karuk segera membawa diri ke kolam lain untuk menenangkan diri..



Pijul Redwing mendapat baung trophy, setelah bertarung hampir dua jam.. eehh dua minit, pengarang telah di warning oleh Ustaz kerana selalu menambah cerita hehe...



Khalid Dalak berasa tertekan sehingga migrain teruk diperut lalu mengharingkan diri dgn dedak bom, hehe...derhaka jugak akhirnya ..
Bukan derhaka bah.. mempelbagaikan teknik kan kan kan...



"kalau naik tadi tu, kompom patin 24 kilogram. Fuhh... aku layan lebih tiga jam" ag.karuk membuka cerita temberang, biasala kalau lepas mesti besar punya..



Tuan Tanah Kedaung @ Suresh cuba menenangkan diri mendengar cerita karut ag.karuk.



Khalid Dalak dengan baung terakhir merangkap hasil penutup, hehe.. bole bawa balik..



Sesi Makan

Setelah sesi menguji kolam dan dedak bom berjaya, dua ekor baung telah berjaya di'stim oyster'kan. Memang stim betul baung tu..



Kici & Yoy_Radi yang tidak berpuas hati pasal nda kena bawa mengail sekadar membuat muka hampeh sambil dipujuk oleh ag.karuk dengan gula-gula sugus.



Rupa-rupanya sedap juga baung ni yee... hehe tinggal tulang, kalah2 kucing yang makan..



Barisan pelakon yang menjayakan rancangan "Jalan-Jalan Cari Pasal" Sainal, ag.karuk, Yoy_Radi, Kici & Datin A'alia..



"Haha... baru dorg tau pukulan baung stim, tu belum masak tempoyak tu" Lee U_ngah memerhati baung stim yang tinggal tulang, sampai kepala baung pun ag.karuk pisi mlm tu..



Datin A'alia memuji masakan ayahanda tercinta sambil promote kedai liaunya, "Mesti Mari"



apabila pengarang kami bertanya kepada ag.karuk kenapa Khalid Dalak dan Pijul redwing tiada pada malam tersebut, ag.karuk menjawab
" alamak, aku lupa call dorg, matila aku kena bom dorg lepas ni" katanya yang ketakutan sambil mengunyah dedak bom macam keropok.

hamtam memang..

~cromokcaster~

No comments:

Post a Comment