Monday, December 6, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

SALAM TAHUN BARU 2011

setelah sekian lama tidak ke talian, sekali lagi cromokcaster membawa laporan tertunda (balik2 pun laporan tertunda hehe..).

Berikut adalah tangkapan2 penutup 2010. ag.karuk yang sekian lama mengilarkan diri telah bertemu seorang pak dukun yang menggunakan azimat tekek ekor bercabang, lalu membuahkan hasil penutup ag.karuk bagi tahun 2010.



Pak dukun yang berjaya membawa ag.karuk keluar dari tahap kekilaran melampau Pak Syamsul Xtreme hehe... Beliau cuba menyembunyikan wajahnya yang macho kerana ditakuti ilmunya akan hilang apabila bergambar hehe...



Inilah penutup 2010 bg ag.karuk, itupun lagi mau tembirang, sudahla dapat pun tempat kompom hehe..

Lee U_ngah yang terkenal dengan kehebatan santet tahap ayam brand selamba je menaikkan seekor GT eehh... toman



"Ko tengok selamba je aku lepas balik, nanti dia besar baru kita lawan balik. Ni belum penutup lagi ni" kata-kata Lee U_ngah bagaikan seorang YB menyebabkan ag.karuk terus packing barang untuk balik sambil menangis huhu..



Untuk membuktikan kata-kata beliau semasa pilihanraya lepas bukan setakat janji-janji palsu, Lee U_ngah menunjukkan kejagoan dengan seekor panglima muara



"ni baru bunga-bunga ni ada lagi dalam air tu tahap River Monster, aku saja malas mau kasi naik"



Apabila diajukan persoalan kepada ag.karuk, beliau sambil mengesat air mata menjawab

" aku saja bagi Lee U_ngah menang tahun ni, pasal aku sibuk urus pasukan Malaysia main bola"

Ndapala ag.karuk, apa2 hal pun :

KITA BATTLE LAGI TAHUN 2011

Majulah pancing untuk negara

~cromokcaster~

No comments:

Post a Comment