Friday, July 15, 2011

Terus mengganas

16 Julai, Labuan - Wartawan kami yang telah di'sound direct' oleh bos supaya nda bole ambik MC terus menyiapkan laporan berikutnya.


Lee U_ngah terus menafikan kedudukan Matsintani ditempat teratas liga apabila terus menerus menjaringkan gol disaat-saat genting melalui sudut-sudut sukar.



Setelah mengasak berulangkali akhirnya beliau sekali lagi menjaringkan gol berturut-turut setelah menewaskan penjaga gol Merah Berantai di sudut muara, berbekalkan semangat keperwiraan dan set "tuutt..."



Penuaian terpilih, kadang-kadang ada jugak kena bawak balik untuk hidangan keluarga, kira rezekila ni..



Sekali lagi beliau memintas kedudukan apabila memotong dari sudut sukar lalu memecut meninggalkan pesaing di belakang.



Masih mendahului perlumbaan dengan dua mata di hadapan pesaing terdekat.



apakah Lee U_ngah akan menjuarai perlumbaan kali ini dan menduduki tangga teratas liga musim ini? sama-sama kita tunggu keputusannya..

"Oii.. ko crita orang main bola ke lumba motor ni? ni crita pasal pancingla" Wartawan kami sekali lagi di'sound direct' oleh bos menyebabkan beliau terus ambik MC dua minggu.

~cromokcaster~

1 comment: