Monday, February 22, 2010

ag.karuk Meng'karuk'

22 feb 2010

Senja menjelma, kedengaran sayup-sayup salakan serigala di celah-celah gunung Fuji Selatan. Kelihatan dua susuk tubuh melangkah dengan begitu perlahan dan berhati-hati.

Lee Ungah, samurai yang baru habis darjah enam Sekolah Rendah Samurai Kg. Pinang Sebatang, tenang melangkah diikuti ag.karuk, seorang ninja yang baru register jadi ninja dua hari lepas.

Misi mencari Pahlawan Karuk Tiga Serangkai bukanlah satu tugas yang mudah, penuh dugaan dan cobaan. Berbekalkan azam Tahun Baru Cina yang lepas, Lee Ungah menghunuskan pedang samurainya, lalu melancarkan jurus "karuk dan dalak mana dulu" untuk menambah keyakinan diri sambil diperhatikan oleh CNot yang entah muncul dari mana ..



Tiba2 satu sentapan padu diterima oleh satria Lee Ungah, rupa-rupanya Pendekar Dalak yang berjaga di pintu Gunung Fuji, telah membalas serangan, jurus-menjurus antara dua pendekar terbilang, dan akhirnya Lee Ungah berjaya menundukkan lawannya...



Ninja ag.karuk yang melihat kejayaan Lee Ungah menewaskan Pendekar Dalak, segera mengeluarkan bintang ninja jenama "roti abang" untuk membuka pintu gua Karuk.

Setelah beberapa kali mencuba dan gagal, ag.karuk melancarkan jurus naga peringkat pertama iaitu "karuk ku sayang" dan hasilnya.



Tidak puas dengan kejayaan menewaskan Pahlawan Karuk pertama, Lee Ungah dan ag.karuk terus berusaha sambil diiringi dengan lagu2 semangat dari kumpulan gambus kg. Kabupaten Utara.

menyedari lubuk pihak lawan terlalu ampuh untuk ditembusi, ag.karuk terus menahan nafas & kontrol perut untuk meningkatkan aura naga dan terus melancarkan jurus "Senja dah tiba" untuk menewaskan pendekar Karuk ke-2,



Setelah puas bertarung, ag.karuk cuba berbaik-baik dengan Pendekar Karuk ke-2 untuk memujuknya memberitahu di manakah pendekar Karuk Ke-3 berada disertai dengan senyuman mesra ala2 Bob AF, Namun Pendekar Karuk Ke2 tetap berdegil.




Setelah berusaha bersungguh-sungguh, sampai mandi peluh dan rasa bau badan macam kambing, kedua-dua pendekar berangkat pulang dan berjanji akan kembali untuk mencari karuk Ke-3 yang dipercayai lebih gagah dan bijak..


Sebelum berpisah, ninja ag.karuk sempat berpesan kepada Samurai Lee Ungah.

" Bro...
...
...
...
Layan karuk pakai sum-sum karan oo...."

~cromokcaster~

No comments:

Post a Comment