Thursday, February 18, 2010

Battle of the Dalak

Tanjung Aru, 18 Feb - Battle Of The Dalak berlangsung di sini, bagi merebut hadiah berupa sebidang tanah seluas 12 juta hektar di Lautan Pasifik. Pada mulanya pertandingan ini disertai seramai 6 juta peserta tetapi kemudian menarik diri apabila mereka menyedari itu hanyalah khayalan belaka...

Mereka yang menarik diri kemudian memasuki acara lari dalam guni serta tiup belon yang nyata menawarkan hadiah berupa pewangi ketiak dan minyak lintah. Namun 3 orang pemancing betagar telah menyertai Battle Of The Dalak iaitu ag.karuk, CNot & Mazly, turut menyertai adalah Matsintani, pemancing profesional dari Tackle World cawangan Jepun.

Pembuka tirai dengan ngauman mesra adalah ag.karuk, dengan dalak seberat 400 tan menggunakan gewang Storm Thunder Blade



Kerana terlalu marah ag.karuk telah mengunyah rod kesayangannya apabila diminta pengadil utk catch, photograph and release



Namun atas dasar ingin memenangi tanah tersebut ag.karuk melepaskan dalak tersebut dengan sayu hati

kedudukan carta

ag.karuk - 1
Matsintani - 0
CNot - 0
Mazly - Belum sampai

selang dua minit, jeng..jeng...jeng....



Dalak yang menyedari dirinya akan memasuki TV melemparkan senyuman kepada jurugambar kami.



dan inilah dalangnya, ag.karuk mendahului carta dengan tambirang mau mati, tanpa menyedari rupa-rupanya...



CNot cuba mengejar dari belakang, dengan gewang Eupro Model Nda ingat..



Setelah bergambar ala-ala mesra gitu, barulah dua pemancing ini menyedari pertandingan masih berlansung lalu berposing secara macho..

kedudukan carta

ag.karuk - 2
Matsintani - 0
CNot - 1
Mazly - Masih belum sampai

Bak kata pepatah, ikan berenang lagikan terkelendat, inikan pula gewang kami, Nasib baik ada CNot, selamat gewang.



Apabila disiasat kami telah menemui dua biji gewang dan seketul Soft Plastik menyangkut di kanvas ini.



Matsintani yang menyedari beliau semakin jauh ketinggalan meningkatkan aura ketahap gaban lawan raksaksa gorgom, berbekalkan spinnerbait jenama hapa ntah, akhirnya



salah satu aksi control macho ala-ala samurai daripada Matsintani.



kedudukan carta

ag.karuk - 2
Matsintani - 1
CNot - 1
Mazly - Masih lagi belum sampai



Matsintani cuba bertapa di dalam hutan utk meningkatkan auranya ke tahap dewa lalu menjerit 'yes'..



jurugambar kami yang berkerja keras cuba mendapatkan shot terbaik meskipun terpaksa turun ke dalam kolam



Inilah peluru yang digunakan utk menewaskan dalak seberat 300 tan ini.

kedudukan carta

ag.karuk - 2
Matsintani - 2
CNot - 1
Mazly - Ntah bila mau sampai



Disebabkan keadaan perut yang tidak mengizinkan, jurugambar kami hanya mengambil gambar dalak di release secara berdiri,

Mazly yang terlambat beraksi, cuba mencilok tang korner "ala..aku datang lambat" menurut beliau.



"ala... aku saja nak test ikatan Matsintani ajar ni, tu pasal aku casting kayu ni" keluh Mazly.



kedudukan masih terikat antara ag.karuk dan Matsintani, sekali lagi matsintani menunjukkan kejagoannnya dengan tangkapan ketiga dan mendahului liga



Akhirnya, ag.karuk mengundurkan diri apabila wisel penamat ditiup.



inilah ketua juri yang mengadili pertandingan ini iaitu En. Sai. Beliau sendiri telah menguji tapak pertandingan seawal pagi untuk memastikan pertandingan berjalan lancar.



CNot terpaksa dikeluarkan daripada pertandingan apabila diketahui dia sudah pancing sama ketua juri dari pagi la, "mana aci macam ni" kata Matsintani cuba berbahasa Malaysia. CNot telah berjaya menaikkan 8 ekor dalak pada hari tesebut. Cheiistt...sungguh biawak dia ini.



kedudukan carta akhir

Matsintani - 3
ag.karuk - 2
Mazly - 0 ,ala.. aku datang lambat, bole la korang menang
CNot - disuruh tarik diri..

Dalam temuramah kami kepada seorang penonton Mr. Bob, beliau menyatakan " biasanya hero hindustan mesti kalah dulu. Matsintani umpama datuk Shah Rukh Khan yang kalah bertumbuk pada mulanya, akhirnya berjaya menwan hati kekasihnya"

Saya akhiri laporan dengan kata pepatah..

sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri

cromokcaster melaporkan untuk TV lalala....

No comments:

Post a Comment