Sunday, October 10, 2010

9 9 900 juta liun liun

Salam bahgia, saya cromokcaster, bertemu kita kembali dalam rancangan 9 9 900 juta liun liun, satu sindiket perjudian telah diserbu di Kg. Lubuk Bersama. Dipercayai sindiket ini telah beroperasi lebih setahun lalu dan telah 73 kali diserbu pihak berkuasa selubuk.

Modus operandinya sindiket ini adalah dengan beroperasi disebalik jamban usang yang dikatakan berhantu. Namun semasa serbuan dibuat, tiada tangkapan dibuat. Kita saksikan VC ini...



Ms. Kila yang menjadi saksi kejadian mengatakan " gugu gaga papa mama "



"apala auntie ni, balik2 suruh makan, duit raya tak mau bagi"



Dipercayai bookie iaitu ag.karuk cuba meng'undertable' petugas kami dengan jamuan makan malan di hotel 6 bintang.



Berpuluh tahun aku beraya, berpuluh open house aku pigi, first time aku jumpa org datang open house buka baju, memang kalau Jalak Lenteng, pendekar handalan.



Pak Man terpaksa senyum untuk mengelakkan tengkoknya dikarate oleh pendekar disebelahnya.



SaaB dan Lee U_ngah buat-buat makan sambil berpura-pura tidak tahu bahawa tempat tersebut sedang diserbu, Yui.kesili masih mampu kontrol hensem memandang kamera..



"Aku rasa selunsung dua ekor sama, lobster 4 ekor aku suruh bakar tadi, kenapa jadi sayap ayam pulak semua ni" salah seorang pihak berkuasa bingung apabila diminta bertugas menyalai sayap ayam.



Yang lain purak-purak pengsan macam Hj Bakhil, hehe... makan dulu, bakar-bakar kemudian...



lee U_ngah mengamalkan cara-cara Sufi Damasutra makan iaitu berdiri meskipun kerusi kosong ada 16 ratus dibelakangnya...



Pendekar Jalak Lenteng tersipu malu apabila ditangkap bersama bahan bukti.



Patutlah tiada tangkapan dibuat, rupanya pertandingan tersebut adalah untuk mencari Ketua Kampung Kg. Lubuk Bersama yang baru, akhirnya Yui.kesili dilantik secara rasmi sebagai ketua kampung yang baru.

Nampaknya wartawan kami telah melakukan kesilapan dengan menyerbu pusat bimbingan kanak-kanak riang yang disangkakan sindiket perjudian. Pihak penerbit rancangan bercadang untuk mengenakan tindakan tataterbit terhadap wartawan kami iaitu mencari ketiak ular sambil ketawa.

Sebelum kami mengundur diri, kami mengucapkan semoga saudara Yui.kesili menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan "sabar, kita orang baik-baik"

bertemu lagi kita diminggu hadapan dalam rancanga 9 9 900 juta liun liun, salam bahgia...

~cromokcaster~

No comments:

Post a Comment