Friday, October 8, 2010

Sleeping Trip

25 Jun, Mengalum - setelah sekian lama mengumpaukan diri, ag.karuk telah menghadiri satu sessi Kuliah Tidur Laut Dalam yang diadakan Mengalum. Selain ag.karuk, Sainal & Kici turut menghadiri kuliah tersebut (Lee U_ngah teda cuti hehe..).

Sainal, Kici & ag.karuk bergambar ala2 kumpulan rock dolu-dolu... dorang bertiga jak yang sibuk bergambar yang lain rilek jak..



Tanda-tanda trip TIDUR yang sukses ialah kapal menyangkut di pasir sampai terpaksa meminta bantuan OPTIMUS PRIME untuk menarik kapal yang sangkut haha...



atas desakan penduduk setempat (sambil membawa cangkul & parang), trip TIDUR tersebut mesti diteruskan walaupun terlewat hampir 600 tahun...



Sainal dan Kici cuba menenangkan diri apabila memerhatikan ag.karuk cuba meningkatkan aura santet kerana terlupa membawa kemayan..

itu uncle rileks jer...selamba layan ikan...apa pakai santet ni...



Setibanya mereka di sana, kuliah TIDUR dimulakan secara beramai-ramai...

kuliah tersebut sangat berjaya sehinggakan....
......
.....
...
..

tiada sekeping gambar pun ditangkap jurugambar kami yang telah berjaya menamatkan kuliah tersebut dengan cemerlang, kemabukan tahap ultraman lawan raksasa sotong memastikan mereka lulus kuliah tersebut.
....
...
..
. (nasib baik adalah jugak hasilnya)...



Satu keajaiban berlaku apabila hasil tersebut dihantar kegerai Lee U_ngah...eh eh hairanlah...



Inilah antara keajaiban yang berlaku, tiba-tibanya jadi sedap... apa kes...



Lee U_ngah yang telah buat magic masih mampu tersenyum walaupun terkilan kerana tidak dapat menghadiri kuliah tersebut.



Sesi makan.... tak nak cakap apa2 mulut penuh....mmmmmm...



Yoy_Radi yang terlewat tiba hanya mampu mencekik lai chi kang haha.... siapa suruh..



Kesimpulan trip

Sleeping 5 bintang
pancing hancur...
Service kapal...malas mau cakap, bak kata bomoh "jangan menyesal" dengan Mah pun dia kata "jangan menyesal"...

~cromokcaster~

No comments:

Post a Comment